Selepas setahun, bandar Wuhan kini beransur pulih

17

23 JAN : Selepas setahun bandar Wuhan, China dikenakan perintah berkurung pertama di dunia akibat pandemik COVID-19, kini bandar tersebut sudah kembali pulih dan aktiviti mula berjalan seperti biasa.

Walaupun begitu, rakyat di bandar tersebut terus dinasihatkan berhati-hati bimbang berlakunya penularan semula virus tersebut di bandar itu.

Sejak pandemik itu bermula pada Disember 2019 dan sehingga kini, Beijing tetap menafikan virus tersebut bermula dari Wuhan, sebaliknya mengemukakan teori bahawa virus tersebut dibawa dari luar, termasuk melalui tentera Amerika Syarikat.

Di awal penularan wabak tersebut, ia dikatakan berpunca daripada sebuah pasar makanan di bandar tersebut.

Terkini, kerajaan China digesa untuk memberikan kerjasama termasuk memberikan akses penuh data berhubung jangkita virus itukepada pasukan saintis WHO yang sedang menjalankan siasatan di bandar tersebur untuk mencari punca virus yang kini telah membunuh lebih dua juta orang di seluruh negara.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.