PKPD Asrama Westlite Ditamatkan hari ini

33

23 JAN: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Asrama Pekerja Westlite 1 dan Westlite 2 di Senai Johor ditamatkan hari ini, manakala dua lagi tempat PKPD di Negeri Sembilan iaitu di Penjara Jelebu dan Kuarters Kakitangan Penjara Jelebu pula akan ditamatkan esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berikutan lokaliti di kawasan itu menunjukkan trend penurunan kes aktif Covid-19 dan terkawal.

Menurut beliau, Kementerian Kesihatan melaksanakan 1,978 ujian saringan di lokaliti itu dan sebanyak 692 kes kumulatif COVID-19 telah direkodkan asrama tersebut

Di Negeri Sembilan pula katanya, Penjara Jelebu dan kuarters kakitangan Penjara itu, sebanyak 2,775 ujian saringan dilaksanakan dan merekodkan sebanyak 908 kes kumulatif positif COVID-19. 

Bagaimanapun, bagi kuarters penjara Jelebu di Blok Transit (Blok Muhasabah) akan diteruskan selama tujuh hari lagi bermula 25 Januari sehingga 7 Febuari ini kerana masih terdapat kes aktif.

Sementara itu, berhubung Task Force Operasi Pematuhan, Ismail memberitahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seramai 528 individu semalam atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pergerakan (PKP). 

Beliau berkata, daripada jumlah itu, seramai 525 individu dikompaun manakala tiga orang pula direman.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk, tidak memakai pelitup muka (145), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (92),gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (77), rentas daerah serta negeri tanpa kebenaran (60)dan lain-lain (93).

“Task Force akan terus mempertingkatkan pemeriksaan serta mengambil tindakan ke atas pemilik premis dan orang awam yang tidak mematuhi SOP PKPP yang ditetapkan. Kawalan Sempadan Negara,” katanya katanya menerusi kenyataan media mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), hari ini.

Berhubung Op Benteng semalam, beliau memberitahu, pasukan keselamatan berjaya menahan 41 pendatang asing tanpa izin (PATI) serta merampas tiga buah kenderaan darat.- Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.