Dua PPS ditutup, mangsa banjir Sabah dibenarkan pulang

16

23 JAN : Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah menerusi satu kenyataan memberitahu 94 mangsa banjir daripada 22 keluarga yang ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini dibenarkan pulang ke rumah masing-masing petang ini.

Menurut kenyataan itu, dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir iaitu Dewan Mohd Dun Banir di Beaufort dan Dewan Kampung Song-Song di Kota Belud ditutup pada pukul 4 petang ini.

“PPS Dewan Mohd Dun Banir pagi ini menempatkan 52 mangsa banjir daripada 14 keluarga sementara PPS Dewan Kampung Song-Song menempatkan 42 orang daripada lapan keluarga.

“Cuaca hari ini cerah di beberapa tempat seperti di Kota Kinabalu dan Penampang, manakala hujan di Sipitang dan Kuala Penyu,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.