Bantuan Bakul Makanan Bernilai RM35 cerita Palsu

141

23 JAN: Kenyataan di media sosial yang mendakwa pengagihan bantuan bakul makanan bernilai RM100 dari Jabatan Kebajikan Malaysia cuma bernilai RM35 daripada yang diwar-warkan berjumlah RM100 adalah tidak benar.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, kenyataan yang tular di media sosial itu turut menunjukkan gambar keperluan asas yang kononnya itulah bakul makanan yang disumbangkan oleh JKM

Menurut beliau, dakwaan terbabit berniat jahat untuk menjatuhkan serta memburukkan pemimpin dan kerajaan yang kini berusaha keras untuk menurunkan kes pandemik COVID-19. 

“Ini bukan bantuan COVID-19 seperti yang di war-warkan, ia merupakan bantuan daripada pihak lain dan bukannya Bakul Makanan daripada JKM yang bernilai RM100.

“Tindakan mempersoal nilai barangan bantuan seperti ini adalah berniat jahat dan tidak bertanggungjawab,” katanya. 

Justeru, Rina menegaskan laporan berhubung perkara itu akan diserahkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan agar tindakan sewajarnya diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab membuat dan menyebarkan berita palsu terbabit

“Kementerian Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengambil serius terhadap isu ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak terbabit,” katanya. – OLEH AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.