KKM zahirkan ucapan terima kasih atas bantuan Jepun

18

22 JAN: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menzahirkan terima kasih kepada kerajaan Jepun kerana bermurah hati peralatan perubatan bernilai 500 juta yen di bawah Geran Bantuan Jepun.

Katanya, beliau bagi pihak kerajaan Malaysia mengucapkan terima kasih atas sokongan berterusan kepada Malaysia dalam situasi berpanjangan dan mencabar dalam memerangi pandemik COVID-19.

‘Sumbangan peralatan perubatan ini akan membantu meningkatkan keupayaan persediaan dan kapasiti fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ia juga akan membantu usaha kita untuk merawat dan menyelamatkan nyawa pada waktu pandemik ini.

“Justeru saya berharap kerjasama dua hala dalam bidang penjagaan kesihatan dan sektor lain akan terus dipertingkatkan ketika kedua-dua negara mengharungi pandemik global ini,”katanya pada majlis pertukaran nota peruntukan peralatan perubatan yang diadakan secara maya hari ini.

Kerajaan Jepun diwakili dutanya di Malaysia, Hiroshi Oka.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.