Harga Petrol, Diesel Naik Mulai Tengah Malam Ini

35

22 JAN: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik satu sen bermula tengah malam ini sehingga 29 Januari depan. 

Kementerian Kewangan menerusi kenyataannya hari ini memaklumkan, harga RON97 naik daripada RM2.19 seliter kepada RM2.20 seliter.

Sementara itu, bagi harga RON95 naik daripada RM1.89 seliter kepada RM1.90 seliter.

“Manakala bagi harga runcit diesel pula naik empat sen daripada RM2.05 seliter kepada RM2.09 seliter.

“Kenaikan ini berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM),” katanya. 

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – Oleh-AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.