Goldman Sachs pulangkan aset RM15.4 bilion kepada Malaysia

44

22 JAN: Malaysia sudah berjaya mendapatkan semula pemulangan aset yang dikaitkan dengan syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai RM15.4 bilion (AS$3.9 bil) iaitu antara pemulangan terbesar daripada syarikat Goldman Sachs kepada negara setakat ini.

Menteri Kewangan, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata, usaha mendapatkan semula aset 1MDB, meskipun sejak tahun lalu berdepan dengan pandemik COVID-19, akhirnya berjaya mendapatkan semula RM13.4 billion tunai, aset fiskal 1MDB.

“Walaupun pandemik COVID-19, langkah seterusnya, Malaysia akan berusaha mendapatkan lebih banyak pemulangan aset syarikat 1MDB secara berkesan dan pragmatik untuk negara dan rakyat.

“Bagaimanapun, pemulangan terbesar dicatatkan dengan pemulangan aset 1MDB daripada Goldman Sachs bernilai AS$2.5 bilion, tidak termasuk jaminan dari Goldman Sachs bernilai AS$1.4 bilion,” katanya dalam satu temu bual bersama Bloomberg secara dalam talian hari ini.

Pada masa sama, Tengku Zafrul berkata, Malaysia terus komited dalam pembayaran semula hutang-hutang 1MDB seperti ditetapkan dalam Belanjawan 2021.

Goldman Sachs Group Inc (Goldman Sachs) telah mencapai persefahaman dengan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) untuk membayar balik lebih AS$2 bilion (RM8.3 bilion).

Difahamkan, bayaran itu bertujuan mengelakkan sabitan jenayah terhadap syarikat itu, berikutan pembabitannya dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Memetik laporan Agensi, sumber yang mengetahui perkembangan semasa rundingan tersebut mendakwa, pengumuman berhubung perjanjian berkenaan dijangka dibuat dalam masa terdekat.

Perjanjian tersebut adalah sebahagian daripada tindakan antarabangsa bagi membolehkan syarikat induk Goldman Sachs mengelak sabitan jenayah di AS, lapor sumber yang enggan dikenali.

Bayaran kepada DoJ itu adalah selari dengan anggaran yang dibuat penganalisis sebelum ini. Ia menyusuli perjanjian Julai lalu untuk menyelesaikan siasatan terhadap Goldman Sach membabitkan Malaysia, yang menyaksikan syarikat itu setuju membayar AS$2.5 bilion (RM10.4 bilion).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.