378 Kluster tamat, 335 kluster aktif dipantau

21

22 JAN : Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini mengesan 12 lagi kluster baharu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 713 kluster dan darpada jumlah tersebut, sebanyak 378 kluster telah tamat termasuk empat kluster hari ini iaitu Kluster Jalan Haruan, Kluster Tapak Bina Rimbun, Kluster Tapak Bina Pasifik, dan Kluster Tapak Bina Cendana.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata setakat ini, kluster yang masih aktif dan sedang dipantau oleh KKM pula ialah sebanyak 335 kluster.

Manakala, kata Noor Hisham lagi, kluster yang melaporkan pertambahan kes meningkat sebanyak 86 kluster iaitu Kluster Pasai (112 kes), Kluster Tapak Bina Muda (93 kes), dan Kluster Seri Bayu (81 kes).

Jelasnya, 12 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan tujuh kluster berkaitan tempat kerja, dua kluster komuniti, dua kluster yang melibatkan kumpulan berisiko dan satu kluster tahanan.

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 22 Januari 2021:

  1. Jalan Indah Gemilang (Johor-Tempat kerja)
  2. Jalan Perwira (Johor-Tempat kerja)
  3. Selasih Perindu (Johor-Tempat kerja)
  4. Jalan Sungai Chandong (Selangor-Tempat kerja)
  5. Jalan Kinabenua (WP Labuan-Tempat kerja)
  6. Ladang Desa Jerocco (Sabah-Tempat kerja)
  7. Kampung Paya Siput (Pahang-Tempat kerja)
  8. Serkam Tengah (Melaka-Komuniti)
  9. Tanjung Lumpur (Pahang-Komuniti)
  10. Tembok Renggam (Johor-Tahanan)
  11. Putra Tujuh (WP Putrajaya dan Selangor Kumpulan Berisiko)
  12. Jalan Skudai (Johor-Kumpulan Berisiko)

Get real time updates directly on you device, subscribe now.