Polis nafi saman individu tidak pakai sarung tangan

45

21 JAN : Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan video yang tular di media sosial kononnya polis menyaman seorang pekerja wanita di sebuah pasar raya di Presint 8 di sini kerana tidak memakai sarung tangan ketika bertugas.

Menjelaskan perkara tersebut, Ketua Polis Daerah (IPD) Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali berkata, dia hanya menasihatkan pekerja yang bertugas di kaunter itu agar menggunakan sarung tangan kerana beliau berurusan dengan ramai pelanggan bagi mengelak penularan COVID-19.

“Individu itu sebenarnya disaman kerana tidak mematuhi beberapa prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Pekerja yang bertugas di kaunter itu hanya dinasihatkan agar menggunakan sarung tangan kerana beliau berurusan dengan ramai pelanggan bagi mengelak penularan COVID-19.

“Individu terbabit dikenakan saman atas kesalahan tidak mendaftar melalui aplikasi MySejahtera serta memeriksa suhu badan ketika bertugas,” ujarnya.

Sebelum ini tular di media sosial klip video kononnya seorang pekerja wanita di sebuah pasar raya di Presint 8, disaman kerana tidak memakai sarung tangan ketika bertugas.

Dalam klip video berkenaan, Mohd Fadzil dilihat menasihati pekerja itu kerana tidak memakai sarung tangan, namun disalah anggap kononnya dikenakan tindakan saman kerana tidak memakai sarung tangan.

Mohd Fadhil berkata, pihaknya berasa kesal kerana video itu telah disunting dan disebarkan kepada umum seolah-olah memburukkan kredibiliti polis serta tidak menunjukkan kejadian sebenar.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.