NUTP bantah cadangan batal peperiksaan SPM

94

21 JAN: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) membantah keras sebarang cadangan untuk menunda atau membatalkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadualkan bermula pada 22 Februari ini.

Menurut  Setiausaha Agungnya, Harry Tan, ada tiga sebab mengapa NUTP membantah cadangan menunda sekali lagi peperiksaan SPM 2020.

”Sebab pertama, kerana SPM adalah peperiksaan penting dan antara keperluan utama untuk pelajar melanjutkan pelajaran ke institusi pendidikan tinggi di Malaysia.

“Keduanya, jika pelajar SPM 2020 masih lagi kekal di sistem sekolah dan bersama kohort 2021 dan jika ditangguh lagi maka, mungkin terdapat kohort 2022 , dan pelajar tingkatan 3 dan 2 sudah tentu tak ada tempat di sekolah.

“Perkara ini juga mungkin sama untuk peperiksaan yang lain. Tetapi pihak kami setuju jika KPM cari kaedah pengoperasian yang lain tetapi mengikut piawaian antarabangsa,” katanya ketika dihubungi PNBBC.

Sebelum ini, NUTP) menjelaskan sebarang keputusan untuk meminda sijil peperiksaan SPM tidak boleh dibuat dalam keadaan tergesa-gesa kerana ini adalah titik permulaan kepada penentu kerjaya masa hadapan seseorang pelajar.

“Peperiksaan SPM adalah peperiksaan terakhir yang akan diduduki oleh pelajar sekolah menengah sebelum memasuki Tingkatan Enam atau pendidikan teknik atau IPT.

“Sijil peperiksaan SPM merupakan setaraf dengan Sijil Umum Pendidikan Menengah (GCSE) di England, Wales dan Ireland Utara di mana seramai empat per lima penduduk di Scotland dan memiliki ‘GCSE: Ordinary Level (GCE: O Level)’ iaitu tahap biasa di negara Komanwel yang merupakan syarat utama untuk menyambung pelajaran di universiti atau di institusi pengajian tinggi,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Berikutan itu, Harry berkata, Malaysia harus mengekalkan standard sijil SPM supaya sistem pendidikan negara bertaraf dunia dan tidak akan dipertikaikan.

“NUTP yakin Kementerian Pendidikan mampu melaksanakan peperiksaan ini berdasarkan kemampuan dan kepakaran yang sedia ada,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen mencadangkan agar peperiksaan SPM dibatalkan berikutan peningkatan kes Covid-19 di negara ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.