Kluster keagamaan, komuniti antara kluster baharu dikesan

71

20 JAN : Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini mengesan 16 lagi kluster baharu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 701 kluster dan darpada jumlah tersebut, sebanyak 374 kluster telah tamat termasuk tujuh kluster hari ini iaitu Kluster Kaya, Kluster Enggor, Kluster Perdana 6, Kluster Tapak Bina Jalan Tun, Kluster Tapak Bina Darul, Kluster Jalan College, dan Kluster Jalan Lapan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster yang masih aktif dan sedang dipantau oleh KKM pula ialah sebanyak 327 kluster.

Manakala, kata Noor Hisham lagi, sebanyak 84 kluster terus melaporkan pertambahan kes baharu di mana tiga kluster, iaitu Kluster Pasai (88 kes), Kluster Tapak Bina Dutamas (42 kes), dan Kluster Jalan Sempadan (32 kes) melaporkan kes tertinggi.

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 16 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan 11 kluster berkaitan tempat kerja, dua kluster komuniti, dua kluster yang melibatkan kumpulan berisiko, dan satu kluster berkaitan keagamaan.

Berikut adalah ringkasan bagi kluster-kluster tersebut :

  1. Jalan Terolak (WP Kuala Lumpur-Tempat kerja)
  2. Kota Muhibbah (Perak-Tempat kerja)
  3. Silimpopon (Sabah-Tempat kerja)
  4. Seri Bayu (Johor-Tempat Kerja)
  5. Ladang Sebrang (Sabah-Tempat kerja)
  6. Orion  (Kedah-Tempat kerja)
  7. Tampoi Tujuh (Johor-Tempat kerja)
  8. Jalan Sempadan (Johor -Tempat kerja)
  9. Jalan Slim (Perak-Tempat kerja)
  10. Pasar Borong KL 2 (WP Kuala Lumpur-Tempat kerja)
  11. Jalan Canang Emas (Selangor-Tempat kerja)
  12. Taman Sejahtera (Perak-Keagamaan)
  13. Mandin Jaya (Pulau Pinang-Kumpulan berisiko)
  14. Jalan Kelapa (Selangor-Kumpulan berisiko)
  15. Kampung Tanah Merah (Terengganu-Komuniti)
  16. Gunung Raya (Kedah-Komuniti)

Get real time updates directly on you device, subscribe now.