Kerjasama seluruh dunia perangi ancaman siber

55

21 JAN: Seluruh dunia perlu bekerjasama dalam menghadapi ancaman siber sentiasa berkembang dengan serangan yang semakin kerap dan semakin canggih dari semasa ke semasa.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kesan akibat ditanggung akibat serangan siber juga semakin buruk.

Menurut beliau, sektor awam dan kewangan di Malaysia juga tidak terlepas daripada ancaman siber.

SAIFUDDIN ABDULLAH
SAIFUDDIN ABDULLAH

“Sebagai tindak balas, Malaysia telah melancarkan Strategy Keselamatan Siber Malaysia 2020 – 2024 baru-baru ini, direka dengan alat-alat untuk mewujudkan keyakinan dalam persekitaran siber, bukan sahaja untuk keselamatan negara malah untyk menyokong agenda ekonomi digital Malaysia,” katanya.

Saifuddin berkata demikian dalam ucapan aluan dalam Mesyuarat Menteri-menteri Digital ASEAN Yang Pertama (ADGMIN1) secara maya di Putrajaya, hari ini.

Sehubungan itu, beliau memberitahu, rundingan bersama, kerjasama dan dialog terbuka atas dasar saling menghormati perlu diteruskan bagi menggalakkan keyakinan, norma tingkah laku dan amalan terbaik dalam talian.

Saifuddin menambah, langkah itu perlu berikutan persekitaran dunia digital yang sentiasa kabur, kerap berubah dan tanpa sempadan sehingga menyukarkan usaha mengenal pasti aspek perundangan yang perlu diberi perhatian dan isu-isu yang perlu dikawal di bawah undang-undang.

“Malaysia akan terus aktif menyokong bukan sahaja Forum Perlindungan Data dan Privasi ASEAN, malah pelaksanaan inisiatif-inisiatif di bawah Rangka Kerja Tadbir Urus Data Digital ASEAN dan pembangunan Program Klausa Kontraktual Model dan Pensijilan ASEAN,” jelasnya.

Beliau berkata, inisiatif-inisiatif tersebut akan diperkenalkan untuk menjamin keselamatan aliran data rentas sempadan dan mewujudkan ekosistem e-dagang yang diyakini di rantau ini. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.