Jumlah kes baharu menurun, kematian bertambah berbanding semalam

35

21 JAN : Kes baharu jangikitan COVID-19 di Malaysia memperlihatkan penurunan apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesan sebanyak 3,170 kes baharu, manakala jumlah kes kematian pula bertambah dengan 12 kes berbanding semalam.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah kes baharu yang dikesan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan COVID-19 di negara ini sebanyak 172, 549 kes, manakala kes aktif pula meningkat ke angka 41,755 kes.

“Daripada jumlah kes baharu berkenaan, 3,162 merupakan kes yang melibatkan warga negara dan 687 kes melibatkan bukan warganegara. Manakala kes import pula adalah sebanyak lapan kes melibatkan tujuh warganegara dan satu bukan warganegara.

“Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 576 kes (18.2 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 310 kes (56.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 545 kes (17.2 peratus), dan Johor sebanyak 423 kes (13.2 peratus),” ujarnya menerusi satu kenyataan media harian COVID-19 hari ini.

Kata Noor Hisham lagi, sebanyak 26 kes (0.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (10 kes), Kluster Damai Pelangi (8 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (5 kes), Kluster Tembok Mempaga (2 kes), dan Penjara Sungai Jelok (1 kes).

“Jumlah bilangan kes sembuh pula ialah sebanyak 2,490 menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh kini sebanyak 130,152 kes, manakala pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan pula ialah sebanyak 103 kes.

“Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan empat (4) kes dari Johor, tiga (3) kes dari Selangor, dua (2) kes dari Sabah dan masing-masing satu (1) kes dari Negeri Sembilan, Perak dan Sarawak. Kesemua kes adalah warganegara dan KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka,” jelasnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.