Joe Biden angkat sumpah jawatan Presiden AS

31

21 JAN: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joseph Biden dan Naib Presiden, Kamala Harris pada Rabu mengangkat sumpah jawatan dalam satu upacara yang dikawal ketat di bangunan Capitol.

Agensi Anadolu melaporkan, Agensi Anadolu, kebiasaannya acara empat tahun sekali itu dihadiri ratusan ribu rakyat.

Namun tahun ini ia diadakan tanpa kehadiran ramai memandangkan penularan wabak COVID-19.

Seramai 25,000 anggota pasukan Pengawal Kebangsaan turut dikerahkan mengawal keselamatan di Washington D.C..

Pada Rabu pagi bekas Presiden Donald Trump dilihat meninggalkan Rumah Putih menuju ke Florida, tidak bersama-sama menyertai upacara angkat sumpah itu.

Secara tradisi sejak 1937, bekas Presiden akan turut sama menyertai upacara pelantikan rasmi.

Trump bekas Presiden kedua yang tidak turut serta majlis tersebut.

Pada 1879, selepas Andrew Johnson tidak menghadiri upacara penggantinya Ulysses S. Grant.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.