Ahmad Zahid sah negatif COVID-19

51

21 JAN: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi disahkan negatif COVID-19, hari ini.

Perkara gembira itu dikongsikan beliau menerusi Facebook miliknya yang telah menerima perkhabaran itu menerusi isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis.

“Alhamdulillah, pagi ini saya menerima perkhabaran menggembirakan apabila keputusan ‘swab test’ yang dijalankan adalah negatif.

“Pagi ini tepat jam 7.44 pagi, doktor telah menghubungi isteri saya memaklumkan perkhabaran ini,” katanya.

Semalam, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mengesahkan telah selesai menjalani saringan COVID-19 di Hospital Avisena, Shah Alam, kira-kita jam 11 pagi tadi.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) turut mengesahkan beliau serta keluarganya kini menjalani kuarantin kendiri di rumahnya selepas menjalani pemeriksaan di hospital tersebut.

“Saya mendoakan anda semua menjaga kesihatan dan memutuskan rangkaian penularan wabak COVID-19,”katanya.

Difahamkan, beberapa pemimpin UMNO yang hadir ke ibu pejabat parti itu sebelum ini juga diminta untuk menjalani ujian saringan. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.