Seluruh rakyat Sabah dapat manfaat PERMAI

51

20 JAN: Kerajaan negeri Sabah memberi jaminan seluruh rakyat akan menikmati semua inisiatif di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI).

Ketua Menterinya, Datuk Hajiji Noor berkata kerajaan negeri ini akan bekerjasama dengan kerajaan Pusat bagi memastikan Sabah tidak tersisih mendapat manfaat PERMAI.

Menurut beliau, Sabah merupakan salah sebuah negeri yang terjejas teruk akibat penularan wabak itu baru-baru ini, justeru semua 22 inisiatif PERMAI patut dinikmati rakyat negeri itu.

“Sabah adalah salah satu negeri yang paling parah terkena wabak itu, oleh itu kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Putrajaya untuk memastikan kita akan diutamakan dalam semua inisiatifnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Kelmarin, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan 22 inisiatif di bawah PERMAI yang membabitkan peruntukan sebanyak RM15 bilion.

Inisiatif itu merupakan salah satu usaha kerajaan dalam menangani kesan daripada pandemik COVID-19 khususnya ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Sementara itu, mengakui usaha pemulihan ekonomi di negeri Sabah agar sukar ekoran pandemik yang melanda, namun Hajiji optimis PERMAI dapat membantu.

“Kerajaan negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil segala kemungkinan untuk memastikan ekonomi Sabah pulih,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.