Polis rampas dadah, kenderaan bernilai RM12 juta

70

20 JAN : Polis Kuala Lumpur merampas dadah serta sitaan pelbagai barangan termasuk kenderaan berjumlah hampir RM12 juta setelah berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah membabitkan enam serbuan di sekitar Lembah Klang, Selatan dan Utara Semenanjung. 

Menurut Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yong Lei Choo, serbuan itu dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan kerjasama (JSJN) Polis Kuala Lumpur.

“Dalam serbuan tersebut, polis berjaya menyita pelbagai aset sindiket antaranya enam kenderaan pelbagai jenis dengan nilai sitaan RM425,000, 21 jenis pelbagai barang kemas dan dua utas jam tangan Rolex dengan nilai sitaan RM88,500, wang tunai berjumlah RM423,829, jumlah keseluruhan nilai sitaan adalah RM937,329.00, jumlah keseluruhan nilai rampasan dadah dan nilai sitaan sebanyak RM11,941,829.

“Seramai enam suspek warga tempatan berusia dalam lingkungan 29 tahun hingga 58 tahun turut ditahan selain polis turut merampas 100.92 kilogram (kg) dadah jenis ketamin bernilai RM5,999,500 dan 59.995 kg heroin bernilai RM5,005,000.

“Kami mendapati sebuah rumah sewa digunakan sebagai stor transit penyimpanan dadah sejak Oktober tahun lalu. Semakan mendapati empat daripada enam suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah dan dadah,”  katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, hari ini.

Beliau berkata, siasatan dilakukan mendapati pergerakan pengedaran dadah sindiket berkenaan bermula dari selatan menuju ke utara Semenanjung dipercayai untuk dihantar ke luar negara melalui jalan laut.

Hasil ujian saringan awal air kencing dilakukan mendapati dua daripada mereka didapati positif dadah jenis methaphetamin serta ganja,katanya lagi.

“Semua suspek direman selama tujuh hari bermula 16 hingga 22 Januari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Tindakan turut diambil mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 dalam kes ini. Kami masih mengesan saki baki sindiket ini,” jelasnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.