Pakatan teguh lawan penjajahan Zionis Israel

52

20 JAN: Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haneyya menyeru penubuhan satu pakatan yang teguh bagi menyokong perjuangan rakyat Palestin menentang penjajahan rejim Zionis Israel.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam persidangan di Teheran yang dianjurkan sempena ulang tahun ke-12 perang menentang rejim Zionis di Gaza.

Ismail memberitahu, ancaman yang dihadapi terhadap perjuangan rakyat Palestin ketika ini memerlukan permuafakatan dalam rancangan strategik yang menyeluruh bagi menghadapinya.

Selaib itu, rancangan tersebut bertujuan menyokong usaha pejuang pembebasan menamatkan penjajahan dan membebaskan para tawanan.

Beliau turut menekankan tentang kepentingan memperkasakan pejuang pembebasan dan melindungi mereka, sekali gus mengesahkan bahawa perjuangan rakyat Palestin tidak akan terhenti walaupun terpaksa mengakibatkan pengorbanan yang besar.

Ismail juga menyeru ke arah mewujudkan hubungan yang kukuh dengan semua pihak yang menolak keganasan Zionis dan Amerika Syarikat (AS) di rantau Arab, sambil mengingatkan bahawa rakyat Palestin telah berdepan banyak komplot dan rancangan yang menyekat perjuangan mereka semasa era pentadbiran Donald Trump.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.