DAP ekstrem suka campur urusan umat Islam

400

20 JAN: PAS akan menentang sebarang kerjasama dengan DAP berikutan sikap parti itu yang ekstrem dan suka mencampuri urusan umat Islam di negara ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sikap DAP itu dapat dilihat ketika partinya berada dalam Pakatan Rakyat dahulu.

Menurut beliau, DAP suka campur tangan walaupun hukum-hukum yang ingin dilaksanakan hanya melibatkan umat Islam.

“Bila kita hendak laksanakan hukum Islam mereka gelabah. Mereka tidak setuju padahal kita tidak ganggu hidup mereka tetapi mereka ganggu hal kita.

“Jadi sebab itu kita tolak kerjasama dengan DAP dan menolak kawan-kawan yang kita rasa yang mesra dengan DAP,” ujarnya pada program Bual Bicara Minda Profesor Negara ‘Bicara Negarawan’ Masa Depan Malaysia: Ke Mana Kita? yang disiar secara langsung dalam laman Facebook Majlis Profesor Negara (MPN).

Pakatan Rakyat berantakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berikutan sikap cauvinistik DAP yang menentang keras usaha PAS memperkasakan bidang kuasa mahkamah syariah melalui usul pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Abdul Hadi menambah, kerjasama politik atau tahaluf siyasi antara PAS, DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat dahulu cuma untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya umum semata-mata.

“Bila sampai hendak realisasikan perlembagaan terdapat percanggahan oleh DAP, contohnya kita hendak tegakkan Islam dalam Perlembagaan, mereka gelabah,” jelasnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.