Bayaran Pinjaman PTPK Ditangguh Tiga Bulan

39

20 JAN: Kementerian Sumber Manusia memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman latihan kemahiran Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) sehingga tiga bulan kepada peminjam yang layak.

Menterinya, Datuk Seri M Saravanan berkata, langkah itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial bagi membantu meringankan beban peminjam PTPK yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

“Pelanjutan tempoh penangguhan ini akan melibatkan bayaran balik pinjaman berjumlah RM9,516,798.90 dan memberi manfaat kepada 72,747 akaun.

“Peminjam PTPK yang terkesan boleh mengemukakan permohonan melalui borang penangguhan yang boleh diisi di laman sesawang PTPK mulai 15 Januari hingga 31 Mac 2021,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, Saravanan berkata orang ramai boleh mendapatkan maklumat dan pertanyaan lanjut peminjam boleh mengemukakan e-mel kepada [email protected] atau [email protected]

“Maklumat lanjut juga boleh diperoleh melalui laman web rasmi PTPK www.ptpk.gov.my,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.