Ahmad Zahid kuarantin kendiri selepas saringan

24

20 JAN: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengesahkan beliau kini menjalani kuarantin kendiri di rumahnya selepas dikatakan menjadikan kontak rapat kepada beberapa pemimpin UMNO yang disahkan positif COVID-19.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga mengesahkan beliau baru sahaja selesai menjalani saringan COVID-19 di Hospital Avisena, Shah Alam, kira-kita jam 11 pagi tadi.

“Buat sementara waktu ini, saya kuarantinkan diri di rumah. Doakan semoga saya dan seluruh ahli keluarga saya tidak dijangkiti wabak COVID-19,” katanya menerusi ciapan Twitter sebentar tadi.

Ahmad Zahid dilaporkan mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin UMNO bahagian di pejabatnya di Menara Dato’ Onn, termasuk Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, beberapa hari lalu.

Tajuddin yang juga Pengerusi Prasarana Berhad hari ini mengesahkan dirinya positif COVID-19 dan sedang menjalani kuarantin dirumahnya.

Selain Tajuddin, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz juga dilaporkan positif dan sedang menjalani kuarantin diri di sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan.

Difahamkan juga, beberapa pemimpin UMNO yang hadir ke ibu pejabat parti itu sebelum ini juga diminta untuk menjalani ujian saringan. – HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.