2 premis perniagaan disaman gagal patuh Akta 446

73

20 JAN: Dua premis perniagaan di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, dikesan gagal menyediakan penginapan bersesuaian kepada pekerja asing digaji mereka seperti ditetapkan mengikut Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

Kementerian Sumber Manusia (KSM), dalam satu kenyataan hari ini, berkata perkara itu terbongkar selepas pasukan Task Force Program Saringan Kesihatan COVID-19 atau TFSKC-19 yang terdiri daripada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) melakukan serbuan kedua-dua premis perniagaan berkenaan, pada Isnin lalu.

Operasi berkenaan turut disertai oleh pihak Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua premis menyediakan penginapan kepada pekerja asing yang mereka gajikan tanpa sebarang perakuan penginapan dan majikan juga belum membuat sebarang permohonan untuk mendapatkan perakuan tersebut.

“Selain itu, beberapa kesalahan lain di bawah Akta 446 turut dikesan seperti ruang sesak dan tiada pengudaraan yang baik. Kertas siasatan dibuka bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil ke atas kedua-dua permis tersebut,” kata KSM. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.