Menteri KPN disahkan positif Covid-19

113

19 JAN : Menteri Perpaduan Negara (KPN), Datuk Halimah Mohamed Sadique disahkan positif COVID-19, hari ini selepas membuat saringan COVID-19 semalam.

Menurut kenyataan Kementerian Perpaduan Negara, Halimah akan menjalani rawatan dan tempoh kuarantin di Johor Bahru serta mengikut saranan dan pemantauan rapat oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Bagaimanapun, Yb Datuk Halimah Mohamed Sadique akan terus memantau dan memastikan segala urusan Kementerian Perpaduan Negara berjalan dengan lancar.

“Datuk Halimah Mohamed Sadique juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesembuhan beliau dan memohon maaf di atas segala kesulitan dan masalah yang timbul akibat perkembangan ini,” kata kenyataan itu.

Difahamkan Halimah berada di kawasannya sejak awal tahun ini ketika Johor dilanda banjir.

Halimah merupakan antara pemimpin politik terbaharu yang dijangit virus tersebut. Sebelum ini beberapa pemimpin politik turut dijangkiti Covid-19.

Antaranya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun serta Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Terbaharu, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz disahkan positif COVID-19 hari ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.