Kakitangan KWSP Lahad Datu disahkan positif Covid-19

25

19 JAN :  Beberapa kakitangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Lahad Datu hari ini disahkan positif Covid-19 dan sehubungan itu, KWSP cawangan tersebut akan menutup sementara pejabat dan kaunter mulai esok untuk proses sanitasi.

KWSP dalam satu kenyataan berkata, kakitangan yang dikenal pasti itu kini dalam rawatan manakala pengesanan kontak kini giat dijalankan.

KWSP berkata ahli dinasihatkan untuk berurus niaga secara dalam talian melalui i-Akaun bagi perkhidmatan terpilih atau menjadualkan semula lawatan ke premis ke satu tarikh lain melalui kemudahan Janji Temu Online jika terdapat keperluan untuk hadir ke cawangan KWSP secara bersemuka.

Kata kenyataan itu lagi, ahli yang memerlukan penjelasan lanjut boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000 atau merujuk laman web KWSP di www.kwsp.gov.my.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.