Pemilihan UMNO tahun ini, PAU 2020 tunda tarikh lain

54

18 JAN: UMNO akan mengadakan pemilihan di semua peringkat parti tahun ini seperti yang telah dijadualkan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perkara itu telah dipersetujui oleh Presiden Parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Dimaklumkan juga bahawa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersetuju agar pemilihan UMNO akan diteruskan di semua peringkat seperti yang dijadualkan pada tarikh yang sesuai pada tahun 2021,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau turut mengumumkan, Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang dijadualkan berlangsung pada 30 dan 31 Januari ini ditunda ke tarikh lain yang akan dimaklumkan kemudian.

“Adalah diingatkan agar ahli-ahli UMNO sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19,” jelasnya.

Ahmad turut mengingatkan semua ahli UMNO diingatkan agar sentiasa merapatkan barisan bagi menumpukan kepada isu-isu membela dan membantu rakyat dalam keadaan yang begitu mencabar ketika ini. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.