Menantu positif COVID-19, Noh Omar kena saring

25

18 JAN: Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar mengesahkan beliau serta seluruh ahli keluarganya menjalani ujian saringan COVID-19, hari ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor itu berkata, ujian saringan dilakukan selepas menantu beliau yang tinggal serumah dengannya didapati positif wabak tersebut.

“Assalamualaikum, tanpa diduga Hisham menantu saya positif COVID-19. Kami tinggal serumah, pagi ini saya sekeluarga telah menjalani ujian COVID-19t,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya, hari ini.

Noh yang juga merupakan Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) memohon doa daripada rakan dan sahabat beliau agar dihindari daripada dihidapi wabak itu.

“Mohon sahabat-sahabat dapat kiranya mendoakan keputusan kami sekeluarga negatif dan dipermudahkan dalam semua urusan,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.