Cemas! 2 wanita kena ragut di parkir pasar raya

65

17 JAN: Dua wanita berdepan detik cemas apabila menjadi mangsa ragut di sebuah pasar raya di Batu 11 Balakong, Kajang, 11 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya sedang mengesan individu yang disyaki terlibat dalam dua kes ragut di pasar raya tersebut.

Menurut beliau, pihaknya menerima laporan daripada dua wanita yang menjadi mangsa dalam kejadian itu pada hari yang sama.

ragut

“Kejadian berlaku ketika mangsa sedang berjalan menuju ke parkir kereta di pasar raya berkenaan.

“Mangsa kehilangan barang kemas, barang peribadi, wang tunai serta kunci kenderaan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mohd Zaid berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu boleh menghubungi balai polis berdekatan atau pegawai penyiasat, kes Sarjan Zharif Shah di talian 012-5925390.

“Kita percaya suspek yang sama melakukan jenayah ragut dalam kedua-dua kejadian itu dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu dua rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan suspek menunggang motosikal meragut dua wanita di sebuah pasar raya tular dalam laman sosial.

Menerusi rakaman itu, rata-rata warga maya bersimpati dengan nasib yang menerima mangsa khususnya ketika menghadapi pandemik COVID-19 dan berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera kepada peragut tersebut.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.