3 Exco, 1 ADUN Terengganu sah positif COVID-19

120

17 JAN: Setelah menjadi kontak rapat kepada individu yang disahkan positif COVID-19, tiga Exco dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu kini sedang menjalani kuarantin di rumah.

Individu yang terlibat adalah Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Dr Alias Razak; Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital, Ariffin Deraman; Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah; Exco Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah dan ADUN Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim.

Dr Alias berkata, beliau dan empat lagi pemimpin Terengganu itu kini sedang menunggu keputusan ujian swab test dan sementara itu hanya berada di rumah untuk menjalani proses kuarantin.

“Kami merupakan kontak rapat kepada salah seorang kakitangan di Wisma Darul Iman yang disahkan positif COVID-19. Saya sendiri, Wan Sukairi dan Hishamuddin telah mendapatkan ujian saringan penilaian risiko atau swab test semalam (Jumaat) manakala Ariffin dan Mohd Nor hari ini (Sabtu).

“Kami juga telah membuat keputusan untuk membatalkan segala program yang telah diatur pada minggu ini dan menjalani kuarantin di rumah sementara menunggu keputusan ujian keluar,” katanya, hari ini.

Justeru, beliau turut menasihatkan orang ramai sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan duduk di rumah jika tidak mempunyai urusan penting susulan peningkatan kes COVID-19 di Terengganu yang semakin tunggi

Sementara itu, Ariffin turut mengesahkan beliau kini menjalani kuarantin di rumah dan telah mengambil ujian swab test di Hospital Pakar Kuala Terengganu pagi semalam.

Beliau turut mengharapkan orang ramai agar terus berdoa kepada Allah SWT supaya kes yang menjadi kontak rapatnya dan semua yang terkesan dengan COVID-19 dapat disembuhkan dan sentiasa diberikan kekuatan oleh Allah SWT.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.