Rakyat Malaysia mati lemas di New Zealand

155

16 JAN : Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington menerusi kenyataan hari ini memaklumkan seorang lelaki warga Malaysia meninggal dunia akibat lemas semasa beriadah bersama beberapa rakan di Pinders Pond, Roxburgh, New Zealand pada 7.30 malam waktu tempatan hari ini.

Mayat Muhammad Ehsan Zakaria, 24, yang merupakan bekas pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Auckland kemudiannya telah dipindahkan ke Dunedin Hospital bagi proses bedah siasat.

Pihak keluarga mangsa telah sedia maklum akan kejadian tersebut dan pihak Suruhanjaya Tinggi akan menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya kepada pihak keluarga mangsa, jelas kenyataan itu.

“Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada ahli keluarga dan kenalan mangsa di atas pemergian beliau,”katanya lagi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.