Naib Presiden Pas disahkan positif Covid-19

65

16 JAN :  Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria mengesahkan Naib Presiden PAS, Idris Ahmad sedang menjalani kuarantin di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, akibat positif Covid-19, semalam.

Idris dipercayai terdedah kepada virus berkenaan selepas menjadi kontak rapat kepada ahli PAS dari Kelantan.

Sebelum itu, Idris berada di Kedah pada petang Jumaat lalu dan kemudiannya menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS di Kuala Lumpur pada 9 Jan lalu.

Mesyuarat itu dipengerusikan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang. Turut hadir beberapa pemimpin utama PAS termasuk Takiyuddin Hassan (setiausaha agung), Ahmad Samsuri Mokhtar (naib presiden), Ahmad Yaakob (menteri besar Kelantan) dan Muhammad Sanusi Md Nor (menteri besar Kedah).

Bagaimanapun difahamkan kesemua pimpinan PAS yang hadir pada mesyuarat itu sudah melakukan ujian saringan bagi mengetahui status masing-masing.

Idris kini menjalani kuarantin dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.