3,000 sukarelawan terlibat ujian klinikal vaksin Covid-19

60

16 JAN: Sembilan buah hospital di seluruh negara dipilih untuk menjalankan Kajian Klinikal Fasa 3 vaksin Covid-19, di bawah kendalian Pusat Kajian Klinikal (Clinical Research Centre-CRC), bermula pada 21 Januari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sr Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, kajian klinikal yang pertama dilakukan di Malaysia ini akan membabitkan seramai 3,000 sukarelawan.

Katanya, Malaysia bakal menjadi negara pertama di luar China untuk kajian calon vaksin inactivated COVID-19 vaksin buatan Institute of Medical Biology Chinese Academy of Medical Sciences, China (IMBCAMS) ini.

“Semua keperluan regulatori termasuk kelulusan etika dari Medical Review & Ethics Committee (MREC) dan akhir sekali, Clinical Trial Import License (CTIL) dari NPRA diperoleh pada 8 Januari lalu.

“Semoga kajian ini akan dipermudahkan dengan keberkesanan yang tinggi dan kesan samping minima,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, semua sukarelawan boleh mendapatkan maklumat lanjut sembilan hospital terdekat dengan talian yang disertakan berikut.

Hospital Ampang di talian 016-728 6617, Hospital Sungai Buloh (011-10045343); Hospital Taiping, Perak (019-854 6373); Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak (011-6331 1654) dan Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang (014-906 5518).

Talian untuk dihubungi bagi Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah ialah 019-554 4976; Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani (017-793 1938), Hospital Pulau Pinang (016-5213055) dan Hospital Sarawak Umum (012-310 8108).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.