106 pekerja asing Muar dipindah ke PKRC Serdang

66

16 JAN: Seramai 106 pekerja asing positif Covid-19 dari Muar Johor telah dipindahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang.


Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr Aman Rabu berkata, kos pengangkutan untuk membawa kesemua 106 itu telah ditanggung majikan mereka.

“Penghantaran pertama bertolak dari Muar ke MAEPS pada 8 malam 14 Januari lalu dan tiba di MAEPS pada 10.30 malam.

“Pemindahan pesakit Covid-19 berkenaan dilakukan menggunakan tiga bas yang diringi polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Pihak APM menyediakan 10 pegawai pemantau dan pengiring manakala PDRM menyediakan tiga kenderaan pengiring bersama enam anggota dan pegawai polis sebagai pengiring.

Program penghantaran pesakit positif Covid-19 ke MAEPS akan diteruskan dari masa ke semasa mengikut kes.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.