Harga runcit petrol, diesel naik mulai tengah malam

39

15 JAN: Harga runcit petrol dan diesel masing-masing mencatatkan peningkatan sebanyak 5 sen dan 3 sen seliter mulai tengah malam ini sehingga 22 Januari.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan media hari ini berkata, harga runcit petrol RON97 naik daripada RM2.14 seliter ke RM2.19 seliter.

Harga runcit petrol pula meningkat daripada RM1.84 seliter kepada RM1.89 seliter.

Sementara itu, harga runcit diesel naik daripada RM2.02 seliter kepada RM2.05 seliter.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.