Empat Exco negeri Perlis jalani kuarantin di rumah

50

15 JAN : Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man berkata, empat ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco) kini sedang menjalani kuarantin di rumah sementara menunggu keputusan ujian saringan Covid-19.

Ini ekoran Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin disahkan positif Covid-19 di mana ke empat-empat Exco tersebut sebelum itu turut hadir dalam mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Padang Besar yang turut dihadiri Zahidi.

“Empat Exco itu ialah Azizan Sulaiman yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Santan; Ruzaini Rais (ADUN Beseri), Asmaiza Ahmad (ADUN Chuping) dan Siti Berenee Yahaya (ADUN Mata Ayer).

“Mereka memang menghadiri mesyuarat itu dan bersama-sama Datuk Zahidi, mereka secara sukarela membuat saringan COVID-19 dan keputusaan ujian akan diperoleh dalam masa terdekat sama ada hari ini atau esok,” katanya.

 ujarnya.

Azlan berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelepasan Sumbangan Kerajaan Negeri Perlis dalam Misi Bantuan Bencana Banjir Pahang di Kompleks Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan mana-mana individu termasuk wakil rakyat yang mempunyai hubungan rapat atau kontak dengan Zahidi yang juga Ahli Parlimen Padang Besar agar segera menghubungi pusat kesihatan terdekat.

“Ia sebagai langkah awal dalam membendung penularan COVID-19 yang pastinya memberi risiko besar kepada negeri ini,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.