Darurat bukan untuk Muhyiddin kekal jadi PM

316

15 JAN: Proklamasi Darurat yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong bukan dilaksanakan untuk memastikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal berkuasa namun dilakukan demi kesejahteraan rakyat bagi mengurangkan kes jangkitan COVID-19 di negara ini.

Malah, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Mohd Yazid Mohd Yunus, usul ini diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah yang dilakukan kerana sebelum ini pernah bertitah agar menghentikan pergolakan politik dan memfokuskan rakyat.

Namun, katanya, masih ada segelintir Ahli Parlimen yang memainkan isu tersebut sehingga menyebabkan rakyat menjadi muak.

MOHD YAZID MOHD YUNUS
MOHD YAZID MOHD YUNUS

“Ada perbincangan dan kajian dan kalau kita lihat usul ini sendiri diterima Yang di-Pertuan Agong dan usul Proklamasi Darurat juga pernah ditolak dahulu oleh Seri Paduka Baginda. Jadi, penerimaan itu membuktikan usul ini bukan untuk mengekalkan kuasa tetapi ini semua dilakukan dan diperkenankan Agong demi melihat rakyat hidup sejahtera.

“Kita nampak ini juga membuktikan Yang di-Pertuan Agong paling prihatin terhadap keselamatan awam dahulu dan kerana itulah usul ini diperkenankan Agong kerana ini semua dilakukan demi kepentingan rakyat yang kita mahu turunkan lekuk dan kes jangkitan COVID-19 yang semakin tinggi,” katanya kepada PN BBC Portal, hari ini.

Baru-baru ini, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menolak rasional serta alasan yang diberikan Muhyiddin kononnya kuasa-kuasa darurat diperlukan untuk menyelamatkan Malaysia dari ancaman COVID-19 walaupun perkara itu mendapat perkenaan Yang di-Pertuan Agong.

Perkara itu diumumkan dalam satu kenyataan bersama Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada Selasa selepas mengadakan mesyuarat membincangkan isu pengisytiharan darurat itu.

Sementara itu, menjawab gesaan Naib Presiden PAN, Datuk Mahfuz Omar yang menyatakan Ahli-Ahli Parlimen pembangkang tidak perlu sertai sebarang jawatankuasa yang dibentuk dari Proklamasi Darurat, Yazid memberitahu ini membuktikan pembangkang bersikap ‘iri hati’ terhadap keberkesanaan kerajaan dalam mencegah pandemik COVID-19 di negara ini.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Pahang berkata penglibatan pembangkang dalam jawatankuasa itu penting dalam memastikan satu langkah terbaik secara bersama dapat disimpulkan bagi memastikan wabak virus itu dapat diturunkan dengan sebaiknya seperti pelaksanaan PKP pertama pada Mac, tahun lalu.

“Bila rakyat Malaysia dan mula rasa puas hati dan selesa dengan kerajaan PN yang sentiasa berperanan segera dalam membantu rakyat, pembangkang mula menunjukkan sikap tidak puas hati dengan kerajaan dan mula menujukkan ketidakmatangan berpolitik untuk menarik diri daripada jawatankuasa tersebut.

“Mahfuz sendiri pernah pegang jawatan dalam kerajaan walaupun hanya 22 bulan memerintah dan seharusnya dia memahami kebaikan kenapa jawatankuasa ini ditubuhkan bagi memastikan COVID-19 dapat diturunkan dan buat masa ini lupakan dahulu mengenai isu-isu politik mahupun mengungkit untuk Pilihan Raya Umum(PRU) diadakan dalam masa terdekat. Fokuslah terlebih dahulu kepada kebajikan rakyat,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.