Tun Salleh Abas positif Covid-19

229

14 JAN : Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dr Mohamed Salleh Abas disahkan positif COVID-19 hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif as-Salihin Trustee Berhad, Abdul Aziz Peru Mohamed, berkata, Mohamed Salleh yang juga Pengerusi syarikat amanah itu kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini dan berada dalam keadaan stabil.

“Pihak hospital mengambil langkah berjaga-jaga atas faktor umur Tun. Marilah kita sama-sama mendoakan kesihatan yang terbaik buat Pengerusi kita yang disayangi. Semoga Allah memberikan kesembuhan dan mempermudah segala urusan beliau,” katanya menerusi kenyataan itu.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus mengesahkan bahawa Mohamed Salleh sedang dirawat di hospital berkenaan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.