Tengku Razaleigh disahkan positif Covid-19

47

14 JAN : Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah telah disahkan positif COVID-19 dalam ujian saringan baru-baru ini dan kini menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Beliau dilaporkan kini berada dalam keadaan sihat dan stabil serta tidak mengalami sebarang komplikasi.

PNBBC difahamkan, Tengku Razaleigh juga merupakan kontak rapat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Ab. Aziz Yusoff yang disahkan positif COVID-19 baru-baru ini.

Pegawai Tengku Razaleigh, Lokman Abdul Ghani juga disahkan positif COVID-19 sebelum ini dan sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.