PKP tak jejas pendapatan penggiat agrikomoditi

146

14 JAN: Kebenaran yang diberikan oleh kerajaan kepada sektor agrikomoditi untuk terus beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melegakan penggiat-penggiat industri termasuk para pekebun kecil.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, kebenaran itu merangkumi semua aktiviti pengeluaran agrikomoditi iaitu sawit, getah, kayu-kayan termasuk sektor perabot, koko, lada, kenaf dan biodiesel serta rantaiannya bagi ladang dan pekebun kecil, dagangan, input pertanian, kilang pemprosesan di samping pensijilan.

Menurut beliau, aktiviti-aktiviti itu juga dibenarkan untuk terus beroperasi dalam tempoh darurat.

“Keputusan kerajaan itu adalah amat wajar bagi memastikan sumber pendapatan negara khususnya pekebun kecil agrikomoditi tidak terjejas, menjamin proses pemulihan semula ekonomi negara serta memastikan rakyat terus mendapat akses barangan keperluan sepanjang tempoh berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, hari in

Pada masa yang sama, Mohd Khairuddin mengingatkan semua peladang, pengilang dan syarikat yang beroperasi sepanjang tempoh PKP dan darurat perlu mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan yang boleh dirujuk di laman sesawang kementerian demi memastikan keselamatan rakyat adalah terjamin.

Sebarang pertanyaan berhubung SOP tersebut boleh dikemukakan kepada KPPK melalui talian hotline 03-88803498 pada hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 8 pagi hingga 5 petang atau emel [email protected] – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.