Zahidi Zainul Abidin sah positif COVID-19

70

13 JAN: Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin disahkan positif COVID-19 selepas menerima keputusan ujian saringan awal pagi tadi.

Pejabatnya dalam satu kenyataan berkata, Zahidi menjalani ujian saringan COVID-19 sejurus tiba di Kuala Lumpur dari Pulau Pinang pada 11 Januari lalu.

“Beliau telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh, Selangor untuk menjalani rawatan lanjut mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

“Datuk Zahidi kini berada dalam keadaan yang stabil dan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul. Beliau juga berdoa agar Allah SWT mempermudah urusan semua yang terlibat,” kata kenyataan berkenaan.

Terdahulu, pada 25 Disember lalu, Zahidi telah menjalani ujian saringan COVID-19 dan keputusannya adalah negatif. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.