Redzuan sah negatif jangkitan COVID-19

74

12 JAN: Keputusan ujian saringan COVID-19, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof, disahkan negatif oleh Kementerian Kesihatan, semalam.

Beliau menjalani ujian saringan COVID-19 selepas mendapat makluman bahawa beliau merupakan kontak rapat dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

“Kontak rapat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) dinasihatkan untuk tidak panik dan kekal tenang. Beliau turut menasihati agar semua kontak rapat kepada invidividu yang disahkan positif untuk membuat ujian saringan COVID-19.

“Orang ramai turut diseru supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan serta mengamalkan 3W dan mengelakkan 3S/3C seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan,” kata Pejabat Menteri di JPM Tugas-Tugas Khas dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini media melaporkan Mustapa disahkan positif COVID-19 sejak 9 Januari selepas keputusan itu diterima hasil ujian saringan pada hari sama.

Selain, Mustapa turut disahkan positif COVID-19 ialah Menteri Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.