Hamzah menteri Kabinet ketiga sah positif COVID-19

113

12 JAN: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin telah disahkan positif COVID-19 setelah menjalani ujian saringan semalam.

Pejabatnya dalam kenyataan media hari ini berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan awal pagi tadi.

Berikutan perkembangan tersebut, Hamzah akan menjalani tempoh kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapat oleh Kementerian Kesihatan dan beliau akan terus memantau dan akan memastikan segala urusan kementerian berjalan dengan lancar dari semasa ke semasa.

“Sehubungan itu, semua kontak rapat YB Datuk Seri Hamzah Zainudin bermula 8 Januari sehingga 11 Januari 2021 dimohon untuk tampil ke pusat saringan pejabat kesihatan daerah yang terdekat untuk melakukan saringan COVID-19 mengikut saranan Kementerian Kesihatan.

“YB Datuk Seri Hamzah Zainudin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesembuhan kepada beliau dan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul atas perkembangan ini,” jelas kenyataan itu.

Hamzah merupakan menteri Kabinet ketiga yang disahkan positif COVID-19 selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Pembangungan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.