Darurat tak jejas keyakinan sektor perladangan

35

12 JAN: Keyakinan pelabur terhadap sektor perladangan di negara ini tidak terjejas walaupun setelah perintah darurat diumumkan oleh kerajaan.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, sektor perladangan dan komoditi masih boleh beroperasi seperti biasa.

Walau bagaimanapun, katanya, penggiat-penggiat sektor berkenaan mesti mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang tempoh darurat.

“Kerajaan memberikan kebenaran berkenaan adalah bertujuan untuk memastikan sistem ekonomi negara dapat diimbangi dengan baik.

“Malah tujuan utama pengumuman darurat ini adalah bagi memutuskan rantaian penyakit COVID-19 selain memulihkan kesihatan dan ekonomi rakyat,” katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan Misi Bantuan Banjir di Kampung Bentong dan Kampung Tengah, Kluang, Johor, hari ini.

Malah, Mohd Khairuddin memberitahu, usaha memulihkan ekonomi negara mungkin mengambil masa yang lebih lama sekiranya darurat atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak dilaksanakan segera.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.