Darurat langkah kekang jangkitan COVID-19 di Sabah

12 JAN: Kerajaan negeri Sabah menyambut baik pelaksanaan darurat sebagai langkah mengekang penularan COVID-19 terutamanya di Sabah yang merekodkan jumlah kes positif tinggi.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata pelaksanaan darurat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hingga 1 Ogos ini, sebagai langkah mengekang penularan COVID-19.

Beliau berkata, memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19 menjadi keutamaan terutamanya Sabah yang merekodkan antara jumlah kes positif tinggi.

“Keperluan mengekang penularan virus ini dan melindungi kesihatan orang ramai adalah sangat penting,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Seri Paduka memperkenankan tempoh pelaksanaan darurat hingga 1 Ogos 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.