Tujuh PKPD Ditamatkan Bermula Hari ini

31

11 JAN : Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tujuh lokaliti kawasan di Kelantan, Sabah dan Perak ditamatkan bermula hari ini dan esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesemua lokaliti terbabit menunjukkan trend penurunan dan terkawal.

“Madrasah Darul Naim, Padang Halban, Mukim Peringan, Kota Bharu Kelantan; Kampung Paginatan dan Kampung Maringkan, Ranau, Saba, akan ditamatkan PKPD hari ini seperti dijadualkan.

“Manakala Pusat Koreksional Kamunting (KEMTA) beserta kuarters kakitangan di Taiping, Perak turut ditamatkan PKPD mengikut jadual pada 12 Januari ini,” katanya menerusi kenyataan media mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), hari ini.

Tambah beliau, atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM), blok penempatan orang kena tahan (OKT) di Pusat Transit Penerimaan (PTP) di Blok Gemilang, Blok Harapan, Blok Jaya, Blok Abadi dilanjutkan PKPD bermula 13 Januari hingga 26 Januari depan.

Dalam pada itu, mengenai task force operasi pematuhan, Ismail memberitahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seramai 572 individu semalam atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pergerakan (PKP). 

Menurut beliau, daripada jumlah itu, seramai 571 individu dikompaun manakala seorang orang pula direman.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti pusat hiburan (157), tidak memakai pelitup muka (173), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (115),gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (115) dan lain-lain (12).

“Task Force akan terus mempertingkatkan pemeriksaan serta mengambil tindakan ke atas pemilik premis dan orang awam yang tidak mematuhi SOP PKPP yang ditetapkan. Kawalan Sempadan Negara,” katanya 

Berhubung Op Benteng semalam, beliau memberitahu, pasukan keselamatan berjaya menahan 16 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan seorang tekong serta merampas tiga buah kenderaan darat.

Dalam pada itu, Ismail Sabri memaklumkan, sejak 24 Julai sehingga semalam, seramai 102, 642 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan kesemuanya telah ditempatkan di 76 hotel dan 17 institut latihan awam (ILA) serta institut pengajian swasta di seluruh negara.

“Daripada jumlah itu, seramai 8,375 individu sedang menjalani proses Kuarantin Wajib manakala 540 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan. Seramai 93, 727 individu telah dibenarkan pulang,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.