Muhyiddin bebas kanser, lantikan TPM berita palsu

412

11 JAN: Pakar perubatan telah mengesahkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kini bebas daripada penyakit kanser dihadapinya sebelum ini.

Berikutan itu, Pejabat Perdana Menteri menafikan Muhyiddin kini perlu menjalani rawatan penyakit kanser.

“Khabar angin yang mengatakan YAB Perdana Menteri perlu menjalani rawatan berikutan penyakit kanser yang dialami oleh beliau adalah tidak benar dan berniat jahat.

“YAB Perdana Menteri telah disahkan bebas daripada penyakit kanser oleh pakarpakar perubatan yang merawat beliau,” kata PMO dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi.

Pejabat Perdana Menteri juga mengesahkan bahawa khabar angin yang menyatakan bahawa ada pelantikan untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) juga adalah tidak benar.

Muhyiddin juga dijadual menyampaikan perutusan khas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara langsung pada jam 6 petang ini. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.