MCMC gantung sementara perkhidmatan talian pelanggan

11 JAN :  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerusi satu kenyataan mengumumkan menggantung sementara perkhidmatan talian khidmat pelanggan dan kaunternya bermula hari ini hingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Kata kenyataan itu, penggantungan itu yang melibatkan talian 1800 188 030 dan kaunter aduan di semua pejabat MCMC dilaksanakan sebagai langkah keselamatan dan waspada susulan penularan COVID-19.

Bagaimanapun orang ramai masih boleh menyalurkan aduan melalui https://aduan.skmm.gov.my, e-mel ([email protected]) atau WhatsApp (016 – 220 6262) dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang (Isnin hingga Jumaat).

MCMC sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesihatan pihak awam serta pekerjanya. Segala kesulitan amat dikesali, kata MCMC dalam kenyataan itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.