Jepun kesan varian baharu COVID-19 dari Brazil

19

11 JAN: Varian baharu COVID-19 yang sama dengan mutasi yang dikesan di Britain dan Afrika Selatan dikesan di Jepun.

Memetik laporan AFP, varian tersebut dikesan pada empat individu yang dijangkiti yang tiba dari Brazil.

Kementerian Kesihatan Jepun sedang menjalankan kajian terhadap varian berkenaan untuk menjejak penularannya, gejala dan daya tahan vaksin.

Ketika ini, beberapa wilayah di Jepun memohon untuk melaksanakan darurat seperti yang dilaksanakan di Tokyo, Kanagawa, Saitama dan Chiba bagi mengekang penularan COVID-19 yang semakin melonjak.

Antara wilayah-wilayah terbabit adalah Osaka, Kyoto dan Hyogo.

Seperti yang dijelaskan oleh Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga, kerajaannya mungkin mengambil masa beberapa hari sebelum membuat keputusan untuk mengisytiharkan darurat di wilayah-wilayah lain.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.