Anggota polis cedera ditumbuk, ditendang perusuh

11 JAN :  Dua anggota polis yang ingin meleraikan pergaduhan sekumpulan penduduk cedera apabila diserang oleh kumpulan tersebut jalan Simpang Tiga Ayer Pasir, Machap Baharu, Alor Gajah Melaka kira-kira pukul 8 malam tadi.

Dua anggota polis tersebut, Kpl Lisrullah Ali dan Kpl G.Ramanan turut ditampar, ditumbuk dan ditendang oleh kumpulan perusuh terbabit, selain dilempar dengan kata-kata kesat.

Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata, dalam kejadian itu, kedua-dua anggota polis yang memakai rompi polis bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima aduan orang awam tentang kekecohan yang berlaku.memperkenalkan diri sebagai anggota polis.

“Setelah memperkenalkan sebagai anggota polis dan mahu bertindak meleraikan pergaduhan itu, sekumpulan penduduk kampung telah menyerang serta menampar anggota berkenaan selain menghalang mereka menjalankan tugas.

“Kumpulan tersebut juga telah memulakan provokasi dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap kedua-dua anggota berkenaan.

“Kpl Ramanan telah ditumbuk pada bahagian muka sebelum terjatuh dan ditendang berkali-kali termasuk pada bahagian muka oleh sekumpulan kira-kira tujuh individu sehingga menyebabkan mangsa pening selain cedera di hidung, bibir dan tangan kanan,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Kata Arshad lagi,  Kpl Lisrullah cuba meleraikan rusuhan itu namun tidak diendahkan oleh kumpulan penduduk kampung berkenaan.

Jelasnya, susulan kejadian itu, lima lelaki berumur 20 hingga 59 tahun ditahan di sekitar Machap Baharu antara 10 malam hingga 12 tengah malam hari sama.

Kelima-lima suspek direman selama lima hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 332 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera dan melakukan ugutan jenayah kepada penjawat awam dan Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh, ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.