PDRM tahan 528 individu ingkar arahan PKP

119

10 JAN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seramai 528 individu semalam atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 525 individu dikompaun manakala tiga orang pula direman.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti pusat hiburan (203), tidak memakai pelitup muka (149), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (101),gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (73) dan lain-lain (2).

“Task Force akan terus mempertingkatkan pemeriksaan serta mengambil tindakan ke atas pemilik premis dan orang awam yang tidak mematuhi SOP PKPP yang ditetapkan. Kawalan Sempadan Negara,” katanya katanya menerusi kenyataan media mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), hari ini.

ISMAIL SARI YAAKOB
ISMAIL SABRI YAAKOB

Berhubung Op Benteng semalam, beliau memberitahu, pasukan keselamatan berjaya menahan 38 pendatang asing tanpa izin (PATI) serta merampas tiga buah kenderaan darat.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, sebanyak 13, 13,539 operasi sanitasi awam merangkumi 145 zon dilakukan di bawah kawal selia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sejak 30 Mac lalu.

“Semalam , sebanyak 38 operasi sanitasi meliputi 18 Zon Merah, satu Zon Jingga, empat Zon Kuning dan tiha Zon Hijau yang melibatkan sembilan buah negeri dan dua Wilayah Persekutuan iaitu Sabah (10 operasi), Melaka (8 operasi), Sarawak (5 operasi), Selangor (3 operasi), Perak (2 operasi), Pulau Pinang (1 operasi), Pahang (1 operasi), Terengganu (1 operasi), Negeri Sembilan (1 operasi) serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (5 operasi) dan Putrajaya (1 operasi),” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri memaklumkan, sejak 24 Julai sehingga semalam, seramai 101,163 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan kesemuanya telah ditempatkan di 75 hotel dan 17 institut latihan awam (ILA) serta institut pengajian swasta di seluruh negara.

“Daripada jumlah itu, seramai 7,892 individu sedang menjalani proses Kuarantin Wajib manakala 540 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan. Seramai 92,731 individu telah dibenarkan pulang,” katanya.

Bagi pemeriksaan tapak binaan, Ismail memberitahu sebanyak 14,231 jumlah pemeriksaan telah dilakukan sehingga oleh anggota penguatkuasa Lembaga Pembangunan Industri
Pembinaan Malaysia (CIDB) yang melibatkan 8,064 tapak binaan di seluruh negara.

“Semalam, anggota penguatkuasa telah membuat pemeriksaan di 8 tapak binaan di seluruh Malaysia. Daripada jumlah itu, tujuh tapak telah mematuhi SOP yang ditetapkan manakala satu tapak binaan tidak beroperasi,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.