Mustapa sah positif COVID-19, maaf atas kesulitan

164

10 JAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini disahkan positif COVID-19 sejak semalam.

Perkara itu dikongsikan Pejabat Perdana Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) yang mengesahkan keputusan itu diterima hasil ujian saringan malam tadi.

“Beliau menjalani ujian saringan COVID-19 sejurus tiba di Kota Bharu dari Kuala Lumpur pada pagi semalam.

“Beliau telah dimasukkan ke wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, Kelantan pada pukul 10.30 malam tadi untuk pemantauan dan keadaannya stabil,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, pada 1 Januari lalu, Mustapa yang merupakan Ahli Parlimen Jeli telah menjalani ujian saringan COVID-19 dan keputusannya adalah negatif.

Justeru itu, menerusi kenyataan sama, Mustapa memohon maaf di atas kesulitan yang timbul akibat daripada perkara ini.

“Memohon agar semua pihak berdoa kepada ALLAH SWT memudahkan urusan kita semua,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.